Assalamualaikum wrt, Salam Jumaat dan Salam Luar Biasa! Merujuk kepada posting saya yang lalu, nampaknya PM Malaysia, Tun M lebih berminat kepada masyarakat tanpa penggunaan wang fizikal. Katanya dengan kurangnya penggunaan wang fizikal, maka kurang juga kes2 rasuah. Saya setuju sangat dengan saranan Tun M ini. Mungkin boleh mulakan dengan kempen atau kemaskini ilmu untuk rakyat berkaitan dengan wang digital ini. Laksanakan dengan penggunaan cryptocurrency dunia yang telah sedia ada. Bila rakyat dah faham dan kita dah pandai berurusniaga tanpa tunai secara online...barulah boleh Harapan Coin ini di laksanakan. Mungkin tujuan diadakan untuk pembayaran kontrak2 besar, tapi kalau tiada demand dan suply...sudah pasti harga Harapan Coin tidak melonjak naik seperti di awal2 sejarah Bitcoin dahulu. Syarikat dan orang ramai pun tak nak simpan Harapan Coin kalau hidup segan mati tak mahu. Kena tengok juga berkaitan dengan prasarana jalur lebar. Kot tak macam mana nak guna urusniag...